Tempat/Lokasi Program: 1) Dataran Anak Muda, Taman Dato’ Haron, PJ
2) SK Sri Klana, SS5, PJ
3) SMK Sultan Abdul Samad, PJ
4) Jabatan Landskap MBPJ SS7
5) PPAS Desa, Kg Lindungan, PJ
Penerangan Program: AGROBOX merupakan kaedah pertanian hijau dan lestari yang ditekankan dalam projek ini kerana asas kepada binaan projek pertanian ini adalah menggunakan barangan terpakai yang dikitarsemula, mendapatkan penyelesaian terhadap kekangan tanah pertanian di bandar, merendahkan perbelanjaan makanan isi rumah dan keseluruhan aktiviti pertanian dan penternakan ini adalah berteraskan kepada konsep organik.
Ia juga melatih peserta untuk melibatkan diri dalam teknologi hijau dan keusahawanan.
Projek Agrobox@PJ iaitu penggunaan Agrobox sebagai penyelesaian kepada masalah komuniti yang pelbagai seperti miskin bandar, penggunaan kawasan yang terhad dengan baik serta membantu komuniti untuk menambah pendapatan telah mendapat pengiktirafan Malaysian Lanscape Architec Award 2017daripada ILAM dan IFLA.
Golongan Sasar & Jumlah Penyertaan: Komuniti
Pelajar sekolah
Pekerja pejabat
Jumlah penyertaan: 160 orang
Rakan Strategik: Malaysian Institute of Sustainable Agriculture (MISA)